Thursday 18 October 2012

OUR BELOVED MENTOR!


Kisah Kejayaan CDM Siti Rohana Yusof &
CDM AZLAN DERAMAN

Sumber : Berita Harian 13 Februari 2008

Suami Isteri sertai MLM Hai-O antara usahawan Bumiputera berjaya nikmati hidup mewah. Siti Rohana Yusoff yang pernah berkhidmat sebagai guru sekolah beberapa tahun lalu, tetapi kini, wanita kelahiran Negeri Kelantan ini adalah antara tonggak pengedar skim pemasaran pelbagai peringkat (MLM) Hai-O Marketing Sdn Bhd (Hai-O).


Beliau membuktikan wanita sama ada bekerja atau suri rumah mampu menjadi tenaga penggerak utama bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Beliau berani berhenti makan gaji untuk menghadapi cabaran perniagaan MLM bersama suami sebelum berjaya sebagai Crown Diamond Manager (CDM) dalam skim pemasaran Hai-O.
Siti Rohana dan suaminya, Azlan Deraman adalah antara bukti Bumiputera yang mampu menjadi usahawan berjaya menerusi bidang MLM. Bidang itu turut mengeratkan hubungan dan memanfaatkan pengalaman sesama usahawan. Menerusi bidang itu, mereka turut membantu mewujudkan peluang rezeki kepada masyarakat, terutama wanita dan graduan tanpa terlalu bergantung kepada makan gaji sama ada di sektor awam atau swasta.

Bernaung di bawah Hai-O Marketing Sdn Bhd, iaitu anak syarikat kepada Hai-O Enterprise Berhad, kumpulan disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia, Siti Rohana menganggap kesenangan dikecapi mereka hasil semangat kerjasama upline dan downline.
Ini sejajar semangat pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O, Tan Kai Hee, untuk memberi semula apa diterima daripada masyarakat, bagaikan simbolik burung camar yang menjadi lambang korporat kumpulan.

Malah, menerusi bidang MLM yang turut disertai pelbagai kaum, walaupun kebanyakan Bumiputera, dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Siti Rohana atau lebih dikenali Kak Ana ketika ditemui dalam lawatan Hai-O ke Seoul, Korea Selatan berkata, kemesraan hubungan kaum lebih menonjol apabila kerjasama itu memberi kebaikan dari segi ekonomi.



Menceritakan pengalaman menyertai MLM, Hai-O, Siti Rohana berkata, kira-kira 5 tahun lalu, beliau hanya guru Sejarah di sebuah sekolah di Rawang selepas menerima ijazah Sains Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala suaminya lulusan universiti sama dalam bidang Ekonomi (Statistik).
Katanya, produk pakaian dalam pembentukan kontur badan berteknologi inframerah Premium Beautiful keluaran Hai-O mengubah hidupnya bersama suami, bekas jurutera swasta.
Bermula sebagai pengedar di sekitar daerah Hulu Selangor, beliau tabah mengharungi rintangan awal sebelum muncul CDM pada Januari 2005 dengan pendapatan 6 angka bersama suaminya.
Sehingga kini mereka melahirkan lebih daripada 50 CDM dengan membimbing lebih 8000 pengedar terutama di Hulu Selangor, Gombak dan Batu Caves.
“Saya tiada pengalaman niaga sebelum itu. Cubaan pertama dalam Hai-O berjaya kerana saya serasi dengan produk itu” kata ibu empat anak itu.
Azlan pula aktif pada September 2003 selepas 4 bulan penyertaan isterinya serta menjadi CDM pada Julai 2005 dengan memanfaatkan sistem pemasaran lebih strategik untuk mudah diaplikasi dan menaikkan downline.

p/s: Tahniah kak ana dan abg lan..i follow the best to be the best!

No comments:

Post a Comment